Home

Rangkaian Produk-produk Kecantikan dan Kesihatan Mila Zamilah Store

KELEBIHAN MEMBELI BARANGAN SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernahkah anda membeli barangan secara online? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak pernah langsung menggunakan kemudahan tersebut. Bagi yang pernah pasti mempunyai pengalaman samada yang positif atau yang negatif. Walaubagaimanapun pembelian barang secara online mempunyai banyak kelebihan.
Saya akan memberikan pendapat mengenai kelebihan membeli barangan secara online:-

1. Dapat menjimatkan masa dari pergi ke kedai baju atau kompleks membeli belah. Ye lah nak pergi ke kedai bukan dekat. Kalau dekat pun nak naik kereta, cari parking. Berapa banyak masa habis kat situ. Itu belum kira lagi nak pilih sana sini. Sampai berjam-jam tapi satu baju pun tak dibeli. Memang berapa banyak masa berkualiti yang terbuang tu.
Berbeza dengan membeli barangan secara online, anda hanya perlu memilih baju yang cantik pada pandangan, pilih saiz dan bayar. Barangan akan sampai dalam tempoh 1-5 hari (bergantung pada perkhidmatan kourier).
2. Dapat jimatkan kos. Ok biasanya kalau beli online ni harga caj tambahan adalah pos. Tapi bagi pembelian kat kedai selain kos produk, kena tambah kos minyak, kos parking, kos makan, kos pergi tandas dan lain-lain kos yang lebih tinggi dari kos pos. Walaupun mungkin kadang-kadang produk online mahal sikit dari kedai(sebab biasanya penjual online ni modal beli barang kecil) tapi tak banyak kos-kos tambahan seperti dinyatakan diatas. Kalau beli barang dalam kuantiti yang banyak pasti dapat diskaun sekaligus menjimatkan kos.
3. Ada yang mengatakan barang online tidak terjamin dan tidak selamat. Ini adalah tanggapan yang salah. Bukan semua barang online tidak berkualiti. Banyak yang memberikan barangan yang berkualiti untuk pembeli. Bukan itu sahaja, ada yang menawarkan pulangan semula dalam tempoh ditetapkan untuk gantian. Kalau barang yang tidak kualiti dan selamat pastinya laman web lelong tidak mampu mencatatkan transaksi berjuta ringgit sebulan dan tentulah mudah.my tidak akan mampu beriklan di televisyen.
4. Anda boleh mengelakkan dari anasir-anasir yang menghasut untuk membuat pilihan. Anda duduk je kat bilik dan pilih je sendiri. Tak payah ada rakan cadangan yang kadangkala belum tentu elok pilihannya.

Okay cukuplah setakat ini. Mungkin ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Anda nilailah sendiri sebelum membeli barang secara online. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: